Tuesday, May 5, 2009

Jodoh... perlukah terlalu memikirkannye?

copy an paste... very meaningful.

Renungkanlah sedalam-dalamnya .

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Mari bersolek

Setiap wanita ingin tampil cantik bukan sahaja untuk tatapan orang ramai tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Saya yakin, anda juga suka melihat wanita yang kelihatan cantik tetapi bukan wanita jenis yang mempunyai solekan yang "over" atau "too done"..contohnya macam solekan ....you name it yourself :) Di sini, saya ingin kongsikan sedikit tips yang saya tahu.

Solekan yang simple dan mudah. Yang berpengalaman, dialu-alukan untuk berkongsi teknik solekan di sini. Ini adalah solekan yang paling mudah dan natural. Sejuk mata memandang. Jom belajar bersolek...

1) Cuci muka dgn pencuci muka yg sesuai utk mbuang minyak dan kotoran. Tambahan pula, mencuci muka juga akan melembapkan kulit muka. Dengan itu, solekan akan menjadi sekata.

2) Apply foundation pada muka. TIPS yang paling penting ialah foundation yg sesuai akan menjadikan solekan anda itu nampak betul dan 'kena' pada tempatnya. Gunalah foundation REVLON COLOR STAY. Harga rm55 d pasaran. Wpun mahal, tetapi sgt berbaloi kerana wajah akan kelihatan spt solekan yg diguna oleh stewardess MAS..hehe..foundation ni akan kekal dr pagi hingga ke ptg. Trust me! Letakkan foundation tu pada muka, kemudian bolehlah dirata menggunakan jari.

3) Kemudian, sapukan maskara pada kelopak mata. Bagi yang nak melentikkan bulu mata, bolehlah menggunakan gunting pelentik bulu mata. Apit dalam 10 saat, kemudian barulah disapu dgn maskara. Saya menggunakan maskara Silky girl. Harga pn tak mahal sgt.Maskara yang saya pakai ada dalam gambar sebelah ni>>




4)Ketiga, sapukan blusher pada tulang pipi. Di sini, ingin saya kongsikan..teknik agar blusher anda kelihatan kena pada tempatnya ialah menggunakan berus blusher yg sesuai(saya guna seprti dlm gambar di atas), sapu pada tempat yg betul iaitu pada tulang pipi. Sebelum sapu, muncungkan mulut spy tulang pipi nampak ketara, barulah sapu blusher..Cara ke2 apply blusher ialah meletakkan 2 jari dari hidung, kemudian sapu bahagian luar dgn blusher dlm bentuk membulat..Saya pakai blusher silky girl shimmer duo blusher sbb blusher 2 mempunyai warna yg boleh menjadikan kita kelihatan sweet. Blusher yg diatas tu pula ialah Ianti(stage brown). Yang ini produk Korea..warnanya nampak lebih natural sbb warna brown.


5) Last but not least, sapukan bibir anda menggunakan lipstick or lipgloss. Saya menggunakan 3 jenis iaitu Revlon Color stay lipstick(lipstick ni sesuai utk wanita yg bekerjaya krn warnanya yg lebih matured dan tahan lama). Selain tu, sy juga suka menggunakan silky girl lipgloss yg mempunyai warna pretty nude. Warnanya yg kelihatan seakan warna asli bibir menjadikan solekan nampak natural..

Saturday, May 31, 2008

tukar imej ke cartoon south park


Ni la gambar family Hera yg telah diedit menggunakan south park studio..Best gak hasilkan imej sendiri ke dalam bentuk imej kartun..huhu..lawak pun ada..Cuba teka Hera yg mana satu kat sana????Nak cuba sendiri..Klik kat sini->>.http://www.sp-studio.de/.senang jer nak buat:)


Download free MP3

Tengah Hera surf arini terjumpa satu blog yg best(mcm blog kerepek),leh downlod lagu2 best..Hera dah download lebih dr 5 lagu td..Utk korg2 yg ada minat mcm Hera ni suka dlod lagu, leh lah lawat blog ni->>http://www.download-percuma.blogspot.com/..Or kalau korg ada blog lain yg best camni,bgtau kat Hera:)..

Thursday, May 29, 2008

Original Japanese name generator by Shu

Hera jumpa website ni time review blog Aku Sape..Best gak sbb leh tau nama dalam bahasa Jepun:)..Korang taip je nama korang sana,pastu generate..nama yg unik akan kuar..mcm Hera..nama Hera Akane..hehe.

kalau korang minat, klik kat sini:)

Wednesday, May 28, 2008

kahwin vs membujang..


Dalam umur yang menjangkau 20an ni,rasa2nya bukan Hera je ada masalah ni.. Kali ni Hera nak share dgn korang apa yang tersirat dalam minda Hera sejak sekian lama..Hah..nak cita pasal kawin ataupun nak membujang.Hehe..korang jangan salah sangka plak,bukan Hera diberi pilihan untuk berkahwin atau tak. Sbnarnya Hera skg bingung..bingung yang teramat sangat kerana Hera risau yang Hera akan membujang seumur hidup..Oh tidak...!!Tambahan lg ramai kawan2 yg belum kahwin jg wp usia dah masuk umur yg sgt ideal. Nak kata muka tak lawa,tak juga..Hera tak nafikan dorang ni mmg cun..Drpd cita dorng, Hera dapat tau sbb tak kawen lg ialah belum bertemu jodoh..Pssttt..sbnrya tak pernah bercinta pun..korang caya tak?Muka mmg cun, sikap plak mmg baik..sesuai jd calon menantu lah..Bukan Hera nak puji kwn2 Hera sndiri tp mmg dah kenyataan..Ikhlas Hera nak btau kat sini..Kpd korang2 mamat kat luar sana..jangan terus kata yg perempuan yg baik2 dah lesap zaman ni. Tak dinafikan....zaman ni manusia2 smakin ganas dan liar..Tgok sj lah kat luar sana, hrp muka sj cantik tp rupa2nya sikap *&$$^^$#..pandai2lah korang letak apa pkataan yg ssuai kat situ..Hera sbnrnya dahpun plan, andaikata Hera tak juga bertemu jodoh nanti..Hera nak amik anak angkat,mcm Kak Ogy dan Misha tue..Wp bukan anak sndiri, tp yg penting ada jg yg akan menjaga kita bila dah tua nanti. Tp kalau boleh, Hera mmg taknak membujang hingga ke tua..Mudah-mudahan Hera akan bertemu jodoh dalam masa terdekat ni. Adalah sorng kwn rapat Hera ni, sorng yg sgt bekerjaya, cantik, bijak..leh dikatakan perfect..tp dia ni bukan taknak kawin tp Hera tgok2 dia ni mcm tak pentingkan sgt alam berumah tangga ni. Dia kata yg kerjaya lbih pnting.Yg penting dia ada duit dan kawan2 yg menyokong.Tp Hera rasalah..penting jg untuk kita kawin ni..penting ada zuriat kerana merekalah yg akan menyambung warisan kita...

Buby yang comel


Hum..lama dah Hera tak post topik dalam blog ni..Bukan apa,membawa diri seketika..Sebenarnya takda cerita yang menarikpun untuk dikongsi..Balik2 mesti cita pasal life yang ntah apa-apa.Oh ya..baru2 ni ada seekor anak anjing yang tersangatlah comel telah hadir(chewah...)di rumah hera..waduh..kiut giler..korang tengoklah dalam foto tu:) Sekurang-kurangnya Buby dapat menceriakan hari Hera yang selalu je mendung sejak kebelakangan nie..huhu..