Solekan yang simple dan mudah. Yang berpengalaman, dialu-alukan untuk berkongsi teknik solekan di sini. Ini adalah solekan yang paling mudah dan natural. Sejuk mata memandang. Jom belajar bersolek...
1) Cuci muka dgn pencuci muka yg sesuai utk mbuang minyak dan kotoran. Tambahan pula, mencuci muka juga akan melembapkan kulit muka. Dengan itu, solekan akan menjadi
2) Apply foundation pada muka. TIPS yang paling penting ialah foundation yg sesuai akan menjadikan solekan anda itu nampak betul dan 'kena' pada tempatnya. Gunalah foundation REVLON COLOR STAY. Harga rm55 d pasaran. Wpun mahal, tetapi sgt berbaloi kerana wajah akan kelihatan spt solekan yg diguna oleh stewardess MAS..hehe..foundation ni akan kekal dr pagi hingga ke ptg. Trust me! Letakkan foundation tu pada muka, kemudian bolehlah dirata menggunakan jari.
3) Kemudian, sapukan maskara pada kelopak mata. Bagi yang nak melentikkan bulu mata, bolehlah menggunakan gunting pelentik bulu mata. Apit dalam 10 saat, kemudian barulah disapu dgn maskara. Saya menggunakan maskara Silky girl. Harga pn tak mahal sgt.Maskara yang saya pakai ada dalam gambar sebelah ni>>
4)Ketiga, sapukan blusher pada tulang pipi. Di sini, ingin saya kongsikan..teknik agar blusher anda kelihatan kena pada tempatnya ialah menggunakan berus blusher yg sesuai(saya guna seprti dlm gambar di atas), sapu pada tempat yg betul iaitu pada tulang pipi. Sebelum sapu, muncungkan mulut spy tulang pipi nampak ketara, barulah sapu blusher..Cara ke2 apply blusher ialah meletakkan 2 jari dari hidung, kemudian sapu bahagian luar dgn blusher dlm bentuk membulat..Saya pakai blusher silky girl shimmer duo blusher sbb blusher 2 mempunyai warna yg boleh menjadikan kita kelihatan sweet. Blusher yg diatas tu pula ialah Ianti(stage brown). Yang ini produk Korea..warnanya nampak lebih natural sbb warna brown.
5)
Last but not least, sapukan bibir anda menggunakan lipstick or lipgloss. Saya menggunakan 3 jenis iaitu Revlon Color stay lipstick(lipstick ni sesuai utk wanita yg bekerjaya krn warnanya yg lebih matured dan tahan lama). Selain tu, sy juga suka menggunakan silky girl lipgloss yg mempunyai warna pretty nude. Warnanya yg kelihatan seakan warna asli bibir menjadikan solekan nampak natural..

0 comments:
Post a Comment