Monday, November 16, 2009

Peluang kedua..adakah masih ada?



Hari ni aku layan jiwang cket..yelah..ni semua gara-gara mahu tapi malu punya pasal. Beberapa hari ni aku berada dalam keadaan yang tidak tentu dan asyik memikirkan tentang seseorang. Adakah aku telah jatuh cinta?Aku tidak pernah mengalami perasaan mencintai dan dicintai. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk aku mengongsikan perasaan ini dengan seseorang. Ramai rakan yang mengatakan aku ni terlalu memilih dan terlalu menjual mahal. Hey..kengkawan, kite xde jual mahal ye..cuma belum jumpa seseorang yg memenuhi citarasa hati ini. Kalau pun ada yg kite berkenan,  semuanya 'taken n unavailable'. Alamatnya, kecewalah kite=( Sudah azali manusia sememangnya mendambakan cinta dalam kehidupan mereka..antara cinta yg ada ialah cinta kepada pasangan yang berlawanan jantina. Si jejaka yg telah menambat hatiku ialah seorang jejaka yg menepati ciri-ciri lelaki idamanku. Dia seorang yg suka berjenaka dan ada sense of humour sbb kt ni memang seorang yg serius jd sukalah kalau ada org yg pandai mengambil hati kt. Senyumanmu yg menawan dan penampilanmu yg tersendiri itu membuatkan hatiku tertawan...oooowwhhh;)
         Kisah peluang ke2 ni sebenarnya begini, si J (*jejaka) telah mengajak kt utk keluar tapi bukanlah dalam cara yg romantik..ni yg spoil ni.Maybe si J ni bukan mamat romantik..tapi masa tu bukanlah masa yang sesuai. Kt sebenarnya belum bersedia lagi untuk keluar dgn si J.Jd terpaksalah kt menolak walaupun dalam hati sebenarnya nak sangat keluar berdua-duaan dengan si J. Mungkin masa yang sesuai belum tiba lagi. Kt sebenarnya rasa kecewa yang teramat kerana mensia-siakan peluang untuk bersama si dia..tp kt berharap agar peluang kedua akan akan sekirannya ada jodoh...Orang tua-tua selalu kata 'jodoh tak akan ke mana"..Tunggu jer lah apa perkembangan terbaru yang akan berlaku kepada kt dan si J...adakah mereka berjaya menjadi pasangang couple yg terhangat di pasaran atau hanya sekadar rekaan semata-mata. Cerita ini akan disambung..to be continue:)

Sunday, November 15, 2009

Hujung minggu yang hap-pening



Dek kerana kehabisan idea ttg apa yg nak dibuat wikend ni, aku pun bercadang untuk membaca majalah dan melayan movie "orphan"..Best gak movie ni, aku tonton sorang2 dlm bilik yg gelap..thrill cite ni..Mengisahkan ttg sorang pompuan yg menyamar sbg budak kecik dan tinggal d rumah yatim piatu sehinggalah 1 day dia diambil anak angkat oleh sebuah family..Sikap bdk ni mg pelik sbb berkelakuan sgt matured dan ini mg pelik bagi si ibu angkat.Sehinggalah banyak perkara pelik yg berlaku dlm keluarga tersebut seteleah beberapa ketika. Pada mulanya, Esther(bdk orphan) cuba utk membunuh Daniel(anak pasangan tersebut) dan akhirnya berjaya.Dia jg cuba utk membunuh ak pompuan pasangan tersebut yg pekak tp tak berhasil..dan dia jg telah membunuh suami kpd Kate; iaitu ayah angkatnya..Akhir sekali dia cuba utk membunuh Kate..bahagian ini adalah klimaks kerana situasi di rumah tersebut membuat darah gemuruh kerana sebenarnya identiti sebenar Esther telah diketahu dan dai bukanlah seorang kanak2 kecil ttp sebenarnya seoran pompuan berumur 33 tahun dan dia mengalami penyakit mental disorder dan juga masalah pertumbuhan yg terencat...Percubaan esther utk membunuh Kate tidak berjaya...Kate telah berjaya membunuh Esther di dlm air yg sejuk membeku......

Wednesday, November 11, 2009

Aku Bosan Giler!!

Lama dah aku tak menconteng di blog ni..bukan apa, malas nak menaip wpun banyak idea dan benda yg nak aku share. AKu blogging ni pun takde apa tujuan selain untuk aku meluahkan perasaan dan apa yg terdapat dalam mindaku..Hari ini, aku sangat BOSAN..bukan hari ni jer..hari sebelumnya pun sama..masalah ni berlarutan sejak 1 minggu yang lalu..Kalau korang nak selami kehidupan seharianku, nescaya..kompom korang pun akan setuju life aku ni sangat membosankan..dan sememangnya ini semua kerana aku seorang manusia yang membosankan..~baik:lah..serba sedikit tentang life ku yg bosan ni. Aku bangun kol 6:15am, mandi pastu salin baju..then, trus p keje..tak sarapan sbb perut ku mg x dpt tima makanan awal2 pagi..nanti meragam..hehe..pastu keje smpai kol 1pm..Habis keje,balik umah..makan..bermula lah masa2 yg membosankan..aku akan duk depan TV..tonton ape2 rancangan cam Oprah and etc..habis tonton kol 3 ngantuk..so tido petang..bangun kol 4pm..Aku pun mula mencari idea nak wat pe..so , aku p lepak ngan member2 yg ku x berapa kamceng..tpaksalah aku kamcengkan(utk info korang, umur aku ngan umur member2 aku tu jauh sgt jaraknya, so story kitorg pn definitely beza)..well..aku try juga nak serapkan diri aku dlm kumpulan tu..tp hasilnya, aku masih lagi bosan tahap cipan...Malam plak, aku mkn kol 7pm..pastu tonton berita..then layan internet...kalau sebut FB tu..jenuh dah tangan aku asyik update fb tue..Ha.aku biasa tido kol 11pm..~ Begitulah kisah kehidupan seharianku. Sangat membosan kan, iye tak?Korang nak kata aku ni minah kera sumbang, aku tak setuju, sbb aku ni bukan tak leh gaul dgn orang, tp masalhnya, aku kena tgok member yg ble ngam dgn aku..Aduh..mungkin masalah ku ni akan selesai kalau aku ada seseorang untuk aku luahkan perasaan ini. Tapi ,. takde maknenyer..aku luahkan dalam blog ni jer..APa nak jadi, jadilah.........